Monday, December 26, 2011

Kej.Bolatampar Tertutup Pahang 2011....

Suasana pagi kat Kompleks Sukan tmpt kami tido. Nyaman je sbb pagi tu ujan tp x lebat la..

Kenderaan rasmi kami pergi dan balik nk save budget naik ramai2 baru syok...

Dlm perjalanan ke Dewan UIA Caw Kuantan nak tgok orang main bola tampar..hari tu kitaorang main petang kul 6 lawan dengan TNB Kuantan. Kitaorang menang. TNB Kuantan tu kuat juga tp nasib utk kami.. Bangga juga la team kampong macam kami ne boleh menang..

Pintu masuk ke dewan kat UIA tu..

Gelanggang tempat kitaorang main. Tempat cantik maklum la baru siap..

Antara team yang menyertai kejohanan ini..masing2 tengah bersiap untuk main..Perlawanan pertama lawan team TNB Kuantan menang 2-0 pas tu menang perlawan kedua lawan Triang B 2-1 kalah sukuakhir dengan Titanz Kuantan 0-2. Ada juga team yang ada pemain Malaysia yang baru balik dari Sukan SEA baru2 ne mcmana nak menang.Tapi dapat pengalaman main kat sana x la jadi jaguh kampung je..

Perlawana antara team IPK Kuantan dengan Taman Sri Mahkota. IPK Kuantan menang 2-0

Borak2 masa sesi panas badan..pengurus dan jurulatih susun strategi..

Nasi Goreng Ayam Kat Padang Lalang. Ok la juga tapi x sama mcm kt Jtt. Masakan kt Jtt lagi best. X leh lawan la.

Urut badan kat Res N Go bayar RM 1 je. syok juga..

Berjalan-jalan dalam Megamall bukan beli pn saja je pusing2 cuci mata..

Penat jalan2 kt Megamall minum jp kt kedai mamak. Jan, Firdaus dan Syed.

Kena riba anak sedara aku x pernah pn aku riba baby ne takut jatuh tapi dah terpaksa riba la juga.Nasib baik baby ne tido lena klu x kerayan aku nk pujuk.


Masa singgah kat tuti frutti.Aku pn baru ne la makan makanan ne tp sedap juga. Dia lebih kurang mcm ais krim la., cuma tambah bahan2 lain. Mahal juga harganya tp makan punya pasal xpa la.

Masa kat kedai tmpt adik aku keje kat Jalan Sg. Lembing kedai masakan Western.

Aku dengan Firdaus tengah tgu makanan smpi. Ne makan lepas main kalah dengan Pasukan Titanz pada suku akhir..

Ne la Ikan Pari Bakar Petai tu.Sedap!!!!!! Cuba la datang ke Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur..

Sapu bersih makanan yang kami oder. Semua tengah lapar. Makan Ikan Pari Bakar Petai, sayur campur, sotong goreng tepung dan Ikan Jebong bakar cicah kicap. Kena bayar RM 280 untuk 14 orang. Kitaorang makan kt Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur. Tempat 2 mmg jadi tumpuan orang kuat makan. Kebetulan cuti Krismas jadi penuh la, meja pun kena tempah tp x kisah la makan sedap.

Kapten pasukan aku Cikgu Romzi. Tengah tunggu makanan sampai lambat pulak perut masing2 dah menyanyi..nak kena mamak ne.

Jan menayang baju, x main pn glamour tayang baju je...hehehe

Nasi lemak ayam merah budak Safri yang makan. Dia ne mmg kuat makan.

Sarapan sebelum balik JTT.Sarapan pagi kat kedai mamak depan Megamall. Kat Jtt kedai mamak smpi Ktn pn makan kt kedai mamak lagi..Man ne makan nasi goreng dengan ayam merah.Aku makan roti canai je. Pagi2 jarang aku makan nasi ne.

Lepas beli keropok losong kat Batu 9.

Dalam van mau pulang ke Jtt. Melayan budak Jan kt sebelah. Dia jadi kidman masa main tu..

LIBRO pasukan aku..bergaya je lebih. Ne masa nak main lwn Triang B. Main kul 8 pagi. Biasa main ptg ne kena main pagi lemah je badan dah la tido malam lewat...

Tuesday, December 20, 2011

Makan kt Kopiesatu...


Yang baju warna unggu tu budak POLISAS baru 2 hari pratical kt opis, nama dia Tengku Suhaila

Aku makan roti kari kongsi ngan Aki klu makan sorang x abis kot..besar bangat.bagi yang x kuat makan tu boleh la cuba makan, kari tu dibuat rasanya tanpa santan sbb pekat sngt kuahnya..

Kak Timah Dan Ina siap tambah kuah kari lagi, makan 1 je roti kari tapi kuah kari tu memang power. first time makan roti kari. 1 buku besar klu makan sorang saeh la perut kenyang smpi mlm.

Ne air aku minum tapi lupa pulak namanya..sedap!!!!!!

Sunday, December 18, 2011

Melayan Aqiem Makan...

Masa nak g umah anak sedara abah bertunang kat Kota Gelanggi 03...

 Aku minum air suam je..aqiem tu milo ais la..

Makan 2 keping roti canai kongsi ngan ayah dia...

tengok tu luas betul mulut dia nganga

cicah ngan kuah kari je..malam2 makan kat kedai open beratapkan langit di bawah bulan purnama..huh nyaman

Latihan Bola tampar....



Antara pemain bolatampar Pasukan Jerantut..Safri keje kat Pej.Hutan Kemasul, Man keje kat Pej.Daerah Jerantut, Epol keje sendiri, Cikgu Azam mengajar kat Kota Gelanggi 2&4..aku amik gambar je..

Kapten Pasukan Bolatampar Jerantut..Cikgu Romzi, mengajar kat SM Kuala Tahan.orang Sg. Par.

Sesi penilaian lepas latihan.kapten tegur la yang mana perlu diperkemaskan bagi memantapkan lagi permainan para pemain..nak masuk kejohanan setakat nak main je wat pa..yang baju oren tu pengurus pasukan Syed Azman..


Ne Joe warga Sabah..keje kt Jerantut..mula-mula main dulu pendiam sangat..ya la sabahan sangat kuat..tapi la ne dia la yg paling riuh kat gelanggang

Wednesday, November 9, 2011

Baby baru...


Baby baru dalam keluarga aku. Anak kedua adik aku Jijoe. Baby boy ne lahir pada 1.30 pg ahad 6 Nov 2011( Hari Raya Qurban ) seberat 3.2 kilo di HTAA Kuantan. Nama baby boy ne Mohamad Nasrullah. Aku x g tengok lagi baby ne. Nak g raya baru ne aku demam 4 hari raya kat umah je x g pn tengok orang buat korban..nanti la ada masa aku g Kuantan tengok baby ne..


Monday, September 5, 2011

Gelagat Amar...




Balik raya tahun ne bertambah tembam, x larat nk dukong.

Pagi raya pertama pakai baju melayu warna biru gelap sedondong dengan ayah dan ibu dia.



Bila sorang nak susu sorang lagi mesti mintak gak..lama dah x jumpa. Masing2 dah besar.