Monday, February 13, 2012

Berkelah Di Jeram Pai...


Suasana pagi di Jeram Pai.. Malam tu...huuuuhh..sejuk betul tapi aku dh buat persiapan awal. Siap bawa stokin. Sebelum2 ne aku selalu tidur kat pasir sungai ne jadi dah tau la apa yang patut di bawa...

Baru sampai terus Jai dan Poklat pasang mata kail. Umpan ari tu pakai cengkerik je. Beli kat Jerantut. Tak dapat ikan pun  sb air baru surut...

Jai tu tengok je orang siang ikan bukannya nak tolong....hehehe

Sukanya dia dapat siang ikan...


Member baru. Zuan namanya kerja Jab. Ukur. Zuan la yang menjala ikan. Nak harapkan aku tak makan la ikan. Kalau menjala, Jala yang jatuh ke sungai tu macam buah kelapa..bedebukkkkk...hahaha. Bagi la kat pro aku masak je..

Rezeki ari tu ada sikit dapat la wat lauk makan malam. Siang ikan lawang dengan safri. G ari tu naik bot dia la.

Suasana senja di Jeram Pai. Petang tu hujan renyai-renyai jadi sejuk la sikit. Pertama kali tidur di Jeram Pai.

Dalam bot untuk ke Jeram Pai....Si Jai ne nak posing jeee.

Akim & Dijah...


manja la pulak dijah tu...


masa g bandar jerantut nak beli tin untuk masak belimbing buluh ..

Thursday, February 9, 2012

Sehari Ronda-ronda Di Taman Negara.

Suasana pagi di Woodland Resort tempat kami menginap..tempatnya bersih,jauh dari kesibukan dan mendamaikan. Makanan pun sedap juga...

Kolam mandi ada tapi best lagi mandi kat sungai ...


Ketika berada di atas jambatan gantung..gayat juga



Selepas turun dari jambatan gantung terserempak dengan pelancong  dari Hong Kong yang ramah tamah ne...banyak betul duit mereka ne jalan-jalan kat negra orang..

Perjalanan menuruni tangga selepas menaiki jambatan gantung..penat giler..

Selepas turun dari jambatan gantung untuk ke Sentuari Ikan Kelah..

Sedang tunggu bot kat jeti Mutiara Resort untuk bawa kami ke Sentuari Ikan Kelah.

Menaiki bot ke Sentuari Ikan Kelah Kuala Tahan. Melalui jeram yang mencabar bagi yang baru merasainya tapi bagi aku yang dah biasa naik bot ne seronok la juga. Di Sentuari Ikan Kelah kita boleh beri ikan makan...seronok tengok ikan berebut-rebut makan..aku hari tu mandi sambil bagi makan ikan tapi sayang tak ambil gambar..


Ketika baru sampai...tempatnya memang cantik dan mendamaikan..datang la jika ada kelapangan..

Semasa mahu balik ke Kuala Tahan dari Sentuari Ikan Kelah...

Buah-buahan yang di sediakan selepas makan...eeemmm lazatnya...

Wednesday, February 1, 2012

Moto Idaman Aku..

aku selalu berangan satu hari nanti aku dapat beli moto idaman aku. selalu aku otw g kuantan mesti ada konvoi moto berkuasa tinggi. terbayang aku la yang bawa moto tu...hehehe.aku rasa mudah untuk g ronda2 sb aku ne jenis yang minat travel ke tmpt2 yang menenangkan. memandangkkan aku ne x berapa bnyk duit berangan je la...huhuhu