Monday, August 8, 2011

Manusia ne mcm2...

Semalam tu terjadi la satu peristiwa yang pada aku amat kurang ajar dan melampau sangat. Satu keluarga sampai untuk solat sunat tarawih. Cucu,anak lelaki dan mak di hantar oleh adiknya untuk solat tarawih. Si cucu meja dewan makan untuk menghantar juadah untuk di makan selepas solat tarawih nanti. Tak semena-mena sorang pakcik dengan nada suara yang kuat mengherdik budak tadi datang ke masjid nak makan je bukan nak solat padahal budak tadi cuma nak letak kuih yang di bawanya tadi kat atas meja je. Pada masa tu adalah jemaah lain yang mendengarnya juga. Jadi si ayah yang melihat anaknya diperlakukan begitu lantas mengajak mak dan anaknya pulang tanpa menunaikan solat tarawih. Terguris mereka dibuat begitu. Sepatutnya orang yang mengherdik tu tengok la dulu ne main sedap mulut je tengking kat budak tu. Kita kalau dah kat masjid cakap @ perlakuan kita ikut tempat la. Mulut tu jaga la sikit. Nak cakap tu berlapik la sikit. Kalau aku yang kena pada masa tu mau je aku baling kuih tu kat muka pakcik bangang tu. Dia ingat kita datang ke masjid tu nak makan sangat. Tu dah menyebabkan orang tak nak datang ke masjid biar duk umah dari di herdik orang bila g masjid. Begitulah kita bila keadaan hidup kita susah orang senang-senang je buat macam-macam kat kita. Yang senang sikit tu ingat la kalau ALLAH nak tarik balik kesenangan kita tu tak payah tunggu masa tu juga boleh di tarik balik kesenangan kita ada. Kejadian tu membuat aku lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Keluarga aku juga susah sekarang jadi dah xde orang sangat nak datang ke umah keluarga aku takut nanti keluarga aku nak minta duit k @ apa-apa pertolongan dari mereka. X datang pn lagi bagus kita orang pn tetap macam tu juga. Selepas solat x pernah putus-putus memanjatkan doa kepadaNYA semoga kami sekeluarga tabah menempuhi kehidupan ini. Biarlah orang nak buat apa pn pada kami janji kami x menyusahkan orang. Aku pn sekarang lebih berhati-hati dalam perjalanan hidup seharian aku takut nanti di kata mengambil kesempatan atas kesenangan rakan-rakan yang lain. Jadi sekarang  lebih baik aku berlajar hidup tanpa bantuan dan simpati orang lain. Orang berkawan ngan kita masa memerlukan pertolongan kita je pas pandai-pandai la awak. Ada masa tu terasa juga mengapa aku di perlaku begini. Bila di fikirkan balik kita ne x semestinya selalu di atas ada ketika kita dibawah pula. Malas la pulak nak taip ne..sambung la nanti ya..tguuuu!!!!!!

Monday, August 1, 2011

Tidur kt pasir sg.tembeling...




Dlm bot perjalanan ke Kg. Bantal.








Brother ne nama dia Wan Robert. Ne tengah baiki jala yg koyak tersangkut pd kayu masa menjala. Dia ne mmg pandai menjala. Orgnya ok. Baik. Peramah. Mudah mesra orgnya. Mlm masa tido kt pasir 2 aku ikut dia menjala. Penat betul tp sb dpt ikan bnyk hilang la penat aku...



Kt jeti Kg. Bantal nk menghilir ke Keniam.


Tangkapan yang dapat ari 2. Ikan ne goreng je sedap. Sumbat sekor2 dlm mulut.

Bhn-bhn buat nasi goreng....

Mak Embong tengah masak nasi goreng utk sarapan pagi. Bangun pagi semuanya lapar jd nasi goreng la menu paling best. Masakan mak embong memang best.


Ini PINCOK resepi org ulu tembeling. Pertama kali mkn sedap sngt. X pernah mkn pn PINCOK ne. Ne baru pertama kali mkn. Rasanya pedas. Bahannya mudah je. Tempoyak,isi ikan bakar tawar,sedikit garam, cili padi tumbuk dan isi timun. Campur semua bhn td, gaul rata. Mkn bersama nasi panas dengan gulai masam belimbing rebus lg best.