Tuesday, April 19, 2011

Manfaat Pergerakan Dalam Solat



1.  Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas.
Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2.  Posisi kedua - berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah.
Faedah - Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, mengerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3.  Posisi ketiga - rukuk.
Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.  Posisi keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk.
Faedah - darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

5.  Posisi kelima - sujud
Faedah - lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala ( termasuk mata, telinga dan hidung ) serta paru-paru. 'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.  Posisi keenam - duduk di antara dua sujud.
Faedah - tumit kaki kanan melentur serta berhagian badan terletak di atasnya. Posisi ini maebantu mengeluarkan racun ( toksin ) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan perut ke bawah.

7.  Posisi ketujuh - sujud kedua.
Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.  Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud.
Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan ( toksin ) dari hati dan mengerakkan tindakan otot usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.




Monday, April 18, 2011

Agar Silaturahim Kembali Mesra


     Pergaulan antara kita dengan orang di sekeliling sudah kurang kemesraan dan sering berlaku ketengan. Tiada lagi perasaan kasih sayang, toleransi, semangat setai kawan, kerjasama berpasukan dan bersatu padu. Percakaran berlaku di rumah, pejabat, kejiranan, surau malah di jalan raya juga. Sikap toleransi sudah hilang dan tidak menjadi pegangan masyarakat masa ini. Memelihara hubungan silaturahim adalah satu kewajipan kepada umat Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriyawat oleh Muslim bermaksud : " Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya selalu menolong saudaranya."Oleh sebab itu, jika kita mahukan pertolongan Allah, kita perlu memelihara hubungan dengan manusia dan hidup tolong-menolong antara satu sama lain. Antara bentuk taqarrub yang paling berharga, ketaatan yang paling agung, memeliki kedudukan yang paling tinggi, keberkatan yang agung, mendatangkan manafaat yang besar dan mencakupi dunia dan akhirat adalah silaturahim.
Untuk mengenali saudara kita supaya kemesraan dan kefahaman terpelihara adalah seperti berikut :

1. Selalu Ingat Kebaikan Orang.
    Orang di sekeliling kita ini merupakan sebahagian daripada hidup kita. Merekalah yang menjadikan kehidupan kita penuh warna-warni, suka duka, gembira ria dan sebagainya. Kita tidak boleh sendirian tanpa rakan, jiran, jemaah, pasangan atau sesiapa sahaja yang kita perlukan. Ada orang yang kita umpat, kutuk dan keji tetapi hakikatnya merekalah orang yang penting dalam hidup kita.
   Supaya kita menyukai seseorang, kita haruslah selalu melihat kebaikan yang telah mereka lakukan terhadap kita. Sebagai contoh jika di pejabat kita suka mengumpat dan mengutuk ketua kita. Cuba kita bayangkan kebaikannya kepada kita seperti meluluskan cuti, memberikan sokongan naik pangkat, kenaikan gaji, tempat rujukan dan sebagainya. Melihat kebaikan orang boleh melupakan kita kepada kelemahan mereka. Kita akan lebih menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita.

2.  Hormati Perbezaan. 
     Manusia dijadikan Allah sungguh unik dan setiap individu berbeza. Perbezaan dari segi fizikal, intelektual, emosional dan juga spiritual. Kita sering beranggapan bahawa semua orang itu sama maka kita mahu orang mengikut cara kita. Hakikatnya perbezaan itulah yang membentuk kerjasama dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Kita harus menghormati keunikan dan perbezaan setiap individu. Perbezaan tersebut berfungsi untuk saling menampung kekurangan antara kita.

3.  Sampaikan Kebaikan.
     Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan dan menerima maklumat. Teknik yang membolehkan kita mengekalkan keharmonian silaturahim adalah dengan cara menyampaikan perkara-perkara yang baik sahaja. Jika terdapat maklumat yang tidak baik, kita harus elak atau tidak dipanjangkan. Lebih-lebih lagi jika perkara tersebut berkenaan dengan keaiban seseorang. Janganlah kita dedahkan aib orang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Seorang hamba yang menutup aib seorang hamba yang lain di dunia, nescaya Allah tutup aibnya di akhirat kelak." ( Riwayat Muslim ).

4.  Lihat Kelebihan Orang.
     Setiap orang memiliki kelebihan sendiri yang tidak ada pada orang lain. Hidup kita sebagai Muslim adalah untuk saling menampung kekurangan Muslim yang lain, bukannya bertanding untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
     Kita seharusnya saling membantu dalam membuat kebaikan. Kekuatan Islam dapat dibina sekiranya semua umat Islam mementingkan saudaranya. Jika kita terus berpecah belah dalam masyarakat, ia akan memberikan peluang dan ruang kepada musuh untuk menguasai kita.


XPDC Sg. Tembeling................

menjala ikan kot2 ada rezeki jenuh menyiang..........


goreng mee utk sarapan pagi....


kenangan bersama JS Zaky yang kini bertugas Di Caw. Koprat KL

Gulai masam ikan lampam. Pedas2 lg best..campur terung bulat,belimbing buluh dn tempoyak

mkn tengahari tp jeram..sambil mkn 2 tgok bot lalu. pas2 mandi sejukkn badan..eeeesyoknya!!!

masa siang ikan lawang,org kg kas panggil ikan juara...yg incas pegang 2 ikan baung kenerak masak gulai rong sedap.

Tuesday, April 5, 2011

02.02.2011...

budak 2 org ne kalau dh jmpa mula la posing mcm2..kiuuut pulak.



klu nk amik gmbr cpt je posing...

amar salam ngan tok abah n tok wan dia..ialah dh lama x blk kg.

amar ngan ayah dia...ne masa nk blk kota gelanggi umah tok dia x brrenggang ngan ayah dia