Tuesday, April 19, 2011

Manfaat Pergerakan Dalam Solat



1.  Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas.
Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2.  Posisi kedua - berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah.
Faedah - Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, mengerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3.  Posisi ketiga - rukuk.
Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.  Posisi keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk.
Faedah - darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

5.  Posisi kelima - sujud
Faedah - lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala ( termasuk mata, telinga dan hidung ) serta paru-paru. 'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.  Posisi keenam - duduk di antara dua sujud.
Faedah - tumit kaki kanan melentur serta berhagian badan terletak di atasnya. Posisi ini maebantu mengeluarkan racun ( toksin ) dari hati jasmani dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan perut ke bawah.

7.  Posisi ketujuh - sujud kedua.
Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.  Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud.
Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan ( toksin ) dari hati dan mengerakkan tindakan otot usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.




No comments:

Post a Comment